Sat. Jul 27th, 2024

    JOHOR BAHRU, 20 September – Ananta Jalil, penerbit dan penghibur filem Bangladesh Din-The Day, yang dibuka di Malaysia pada 16 September, merancang untuk menerbitkan filem seterusnya pada Hari Raya Aidilfitri, atau Tahun Baharu Cina, pada tahun berikutnya.

    Katanya filem itu akan diterbitkan secara usaha sama dengan penerbit tempatan.

    “Saya berharap untuk membina jambatan harmoni antara Malaysia dengan Bangladesh melalui filem.  Saya yakin filem usaha sama itu mempunyai potensi untuk menarik penonton jika kita berjaya melahirkan filem yang dapat membawa isu hubungan baik rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan selepas tayangan filem itu di sini.

    Johor Bahru menjadi lokasi lawatannya yang kedua setelah bersama-sama peminatnya di Kuala Lumpur pada tayangan perdana filem itu di TGV KLCC 16 Sept lepas.

    Ananta yang dikenali dalam kalangan peminatnya sebagai AJ berkata, beliau amat berpuas hati atas sambutan peminat kepada filem itu di ibu negara dan di sini.

    “Atas sambutan yang luar biasa di TGV KLCC, saya dimaklumkan pihak TGV terpaksa menambah dua dewan lagi setelah tayangan pada hari pertama di tiga dewan penuh sesak dengan pentonton.  Di Johor Bahru pun begitu juga,” katanya.

    Tayangan filem Din-The Day arahan pengarah dari Iran, Murtaza Atashzamzam, hari ini memasuki hari keempat di 20 panggung di seluruh negara.

    Filem lakonan AJ dan isterinya Barsha itu menjalani penggambaran di Iran, Turkiye dan Afghanistan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *