Thu. Feb 22nd, 2024

    Kolaborasi antara Rangkaian Televisyen Media Prima dengan Viu membawa berita baik kepada peminat drama Melayu! Saksikan drama bersiri baharu “I Love You, Stupid” lakonan MK K-Clique dan Ezzanie Jasny secara eksklusif di platform penstriman video Viu pada setiap hari Rabu hingga Sabtu bermula 12 Julai lalu! Drama ini juga akan disiarkan di TV3 pada masa akan datang.

    Rangkaian Televisyen Media Prima dan Viu meneruskan kolaborasi untuk menyajikan drama – drama popular selepas kejayaan Kampung Kolestrol, Perisik Cinta Tak Diundang, Budak Intern dan banyak lagi. Selaras dengan misi Viu yang sentiasa menawarkan kandungan baharu dan membuka langkah kepada drama-drama tempatan untuk ditayangkan di serata dunia, kolaborasi ini juga memberi peluang kepada peminat drama Melayu untuk menonton kesemua episod  “I Love You, Stupid” secara eksklusif sebelum siaran di TV! .

    “I Love You, Stupid”, drama bersiri yang diadaptasi daripada novel karya Melur Jelita menampilkan gandingan serasi barisan pelakon baharu yang sedang meningkat naik seperti MK K-Clique, Ezzanie Jasny, Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, dan ramai lagi.

    Drama bersiri 40 episod terbitan oleh Global Station Sdn.Bhd ini mengisahkan tentang Iris Nur (Ezzanie Jasny), seorang wanita muda yang mula bersengketa dengan Inspektor Ebrahim (MK K-Clique) apabila cubaan dia untuk melepaskan diri daripada saman memandu secara berbahaya telah gagal. Iris tidak menyangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan Inspektor Ebrahim yang dilantik sebagai Pegawai Penyelarasan Kor Suksis di universitinya.

    Inspektor Ebrahim merupakan seorang yang tegas dan berdisiplin. Walaupun tugasan yang diberikan oleh Inspektor Ebrahim sangat mencabar, Iris cuba sedaya upaya untuk membuktikan kemampuannya. Inspektor Ebrahim kagum dengan semangat Iris di sebalik perwatakannya yang ‘diva’. Pelbagai insiden telah berlaku antara Iris dan Inspektor Ebrahim sehinggalah terjadinya kejadian Iris memfitnah Inspektor Ebrahim atas tuduhan mencabul.

    Kemudian, Iris terputus hubungan dengan Inspektor Ebrahim selepas tamatnya majlis penyampaian sijil Kor Suksis. Iris mahu membuka lembaran baharu dengan menyertai misi kemanusiaan di Ijora. Tanpa disedari oleh orang lain, Iris sebenarnya mempunyai misi lain. Iris juga tidak menyangka hidupnya bakal bertukar selepas bertemu dengan Firman di situ. Firman diupah oleh ayah Iris sebagai pengawal peribadi Iris. Siapakah sebenarnya Firman dan apakah yang bakal berlaku antara mereka berdua?

    Teruskan menonton “I Love You, Stupid’ di Viu dan nantikan episod baharu pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 12.00 tengah hari menerusi web viu.com atau dengan memuat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store,Google Play dan Huawei App Gallery. Langgan Viu Premium dengan diskaun 40% pada bulan pertama untuk menonton drama dan rancangan hiburan premium terbaik dari Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara- negara Asia yang lain.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *