Aliah Adilah atau lebih dikenali sebagai Dilla merupakan penuntut UITM, Shah Alam, tempat dia melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma muzik dengan fokus pada vokal. Dilla memang minat menyanyi sejak kecil lagi. Dia kerap membuat persembahan muzik semasa makan dan majlis perkahwinan serta mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian. mempunyai kualiti vokal yang tersendiri! Dilla gemar menyanyi dalam beberapa genre, termasuk balada, lagu arus perdana, muzik klasik dan muzik asli Malaysia semasa dia belajar.
Bakat yang di miliki oleh Aliah Adilah menjadi perhatian komposer baru iaitu saudara Joy atau nama penuhnya Azizul Jaabar Bin Azizain selepas menonton salah satu persembahan Dilla di ibu negera.
Hasil perbincangan maka terhasilah ‘single’ pertama Aliah Adilah bertajuk Resah.
Resah merupakan hasil ciptaan Azizul Jaabar Bin Azizain @ Joy dan Samadin Sani Bin Marzuki @ Rosabelle S. dan liriknya oleh saudara Samadin Sani Bin Marzuki @ Rosabelle S.. Resah tidak seperti jagu-lagu yang sedang popular masa kini, Resah merupakan kisah benar yang dialami penulis lirik sendiri jaitu sebuah penceritaan mengenai penderitaan seorang pesakit yang mengalami penyakit Anxiety disorder atau Serangan Panik dimana penyakit hadirnya tanpa amaran dan menjadikan orang yang mengalaminya menjadi sangat murung.
Hasrat penulis lirik ini juga adalah ingin berkongsi rasa apa yang di alaminya di saat awalnya, semasa dan setelah menajalani rawatan selain menyampaikan agar orang ramai atau keluarga perlu mengambil peduli keadaan pesakit yang memerlukan rawatan dan sokongan dalam tempoh penyembuhan.
Diharap dengan kemunculan lagu ini sikit sebanyak dapat memberi kesedaran orang ramai menghadapi pesakit yang mengalami Anxiety ini dan berusaha untuk membantu mereka untuk sembuh. Untuk Dilla sendiri semoga kehadirannya dalam industri dapat memeriahkan dan dapat diterima peminat seni tanah air.