Sun. Apr 14th, 2024

    Petaling Jaya, 14 November 2023 – Iris ingin menghilangkan kesepian hatinya dengan mencari seseorang yang sering menghantui hidupnya. Sikapnya yang ego menyebabkan dia sanggup mengorbankan orang lain demi kepentingan diri sendiri dan tidak suka bergantung dengan orang lain.

    Tetapi, semuanya berubah bila dia menemukan seorang inspektor yang sering mencabar kesabaran dirinya. Nantikan slot akasia malam ini di kaca tv anda semua.Selamat menonton semoga dapat mengisi malam penonton dengan drama yang mencuit hati ini.

     

    ILYS, drama adaptasi novel karya Melur Jelita ‘I Love You, Stupid’ kini mendarat ke kaca televisyen TV3 untuk menemani para penonton menerusi slot Akasia bermula hari ini (14 November 2023), setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam. 

     

    Drama terbitan Global Station Sdn.Bhd sebanyak 40 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan penulisan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim. Lebih menarik, drama ini menampilkan gandingan serasi Ezzanie Jasny dengan penyanyi rap popular tanah air, MK K-Clique di samping barisan pelakon tanah air berbakat seperti Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, dan ramai lagi!

    ILYS mengisahkan tentang Iris Nur (Ezzanie Jasny), seorang wanita ‘diva’ yang pernah bersengketa dengan Inspektor Ebrahim (MK K-Clique) apabila cubaan dia untuk melepaskan diri daripada saman memandu secara berbahaya telah gagal. Iris tidak menyangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan Inspektor Ebrahim yang dilantik sebagai Pegawai Penyelarasan Kor Suksis di universitinya. 

     

    Kemudian, Iris terputus hubungan dengan Inspektor Ebrahim selepas tamatnya majlis penyampaian sijil Kor Suksis. Iris mahu membuka lembaran baharu dengan menyertai misi kemanusiaan di Ijora. Tanpa disedari oleh orang lain, Iris sebenarnya mempunyai misi lain. Iris juga tidak menyangka hidupnya bakal bertukar selepas bertemu dengan Firman di situ. Firman diupah oleh ayah Iris sebagai pengawal peribadi Iris. Siapakah sebenarnya Firman dan apakah yang bakal berlaku antara mereka berdua?

     

    MK K-Clique, penyanyi rap yang kini merentas bidang sebagai pelakon utama dalam drama ini berkata, “Saya memang rasa sangat bersyukur kerana dapat menerima tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Bagi saya, saya bukanlah hebat dalam lakonan tapi saya jenis orang yang suka ambil cabaran dan mencuba bidang baharu. Jadi motif saya untuk berlakon bukan saja-saja, sejak saya berlakon, percakapan bahasa Melayu ‘semenanjung’ makin fasih! Lagi satu, banyak juga orang komen yang saya ni muka garang macam mana boleh berlakon drama cinta kan. Kalau korang nak tahu sangat, jangan lupa saksikan drama ini sebab saya jamin insyaAllah korang tidak akan menyesal.”

     

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *