Thu. May 30th, 2024

    Tahniah kepada Bell Ngasri, pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 35 serta barisan pemenang yang diumumkan menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) yang telah bersiaran secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 Julai 2023 (Jumaat), dari 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam di TV3.

    Fenomena ABPBH 35 turut dimeriahkan lagi dengan mencapai 5.6 juta jumlah tontonan di TV3, 2.9 billion capaian di platform digital dari 17 hingga 23 Julai 2023 serta 439,634 tontonan ketika penstriman langsung acara Karpet Merah dan Malam Kemuncak ABPBH 35 di Tonton. (sumber: Nielsen, Meltwater & Tonton).

    ABPBH 35 telah menobatkan Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35 sekaligus membawa pulang sebuah trofi, barangan eksklusif dan pakej umrah tajaan Fellera Skin. Kesemua pemenang ABPBH 35 telah membawa pulang sebuah trofi. Berikut ialah senarai penuh pemenang ABPBH 35:

    Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 35:

    • Bell Ngasri

    Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni ABPBH 35

    • Tan Sri Michelle Yeoh

    Anugerah Eksplorasi Seni ABPBH 35

    • Yunalis Mat Zara’ai (Yuna)

    12 Kategori Utama:

    • BBNU Lelaki Popular : Amir Ahnaf
    • BBNU Wanita Popular : Anna Jobling
    • Penyanyi Lelaki Popular : Khai Bahar
    • Penyanyi Wanita Popular : Aina Abdul
    • Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular : Dolla
    • Aktor Filem Popular : Beto Kusyairy
    • Aktres Filem Popular : Sophia Albarakbah
    • Aktor TV Popular : Meerqeen
    • Aktres TV Popular : Anna Jobling
    • Penyampai Radio Popular: Tyzo
    • Pengacara TV Popular: Elly Mazlein
    • Artis Komedi Popular : Bell Ngasri

    7 Kategori Ekstra:

    • Couple TV Popular: Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
    • Couple Filem Popular : Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
    • Drama Popular : Melur Untuk Firdaus ( A-Ten Alliance Sdn Bhd)
    • Lagu Paling Boom Popular : Terus Hidup (Aina Abdul)
    • Content Creator Popular : Alieff Irfan
    • TikTokers Popular : Sally Whoo
    • Lawak Viral Popular : Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

    Anda boleh menyaksikan semula detik-detik bersejarah dan menghiburkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) menerusi laman portal video  www.tonton.com.my  atau aplikasi Tonton.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *