Sat. Jul 27th, 2024

    Meskipun nama Andra & The Backbone mungkin masih kurang dikenal oleh sebahagian peminat muzik di Malaysia, terutamanya di kalangan para penganut setia Dewa 19 yang dikenali sebagai kelompok Baladewa dan Baladewi, namun, semakin banyak yang mulai merasakan ketertarikan akan bakat mereka.

    Dalam dunia muzik yang mungkin lebih berat daripada yang biasa mereka nikmati, Andra & The Backbone menyuguhkan lirik-lirik cinta yang puitis dan mampu menyentuh hati. Suara vokal Dedy yang khas dan ‘husky’ memberikan sentuhan unik pada komposisi muzik mereka.

    Kolaborasi ini juga diperkaya oleh kehadiran Stevie, yang juga merupakan anggota band death metal Deadsquad. Gabungan bakat mereka menciptakan muzik yang berbeda, menjanjikan pengalaman konser yang tak terlupakan. Jangan sia-siakan peluang untuk bergabung dan merasakan keajaiban musik mereka dalam konsert mendatang.

    Mungkin ada yang tidak tahu, band yang ditubuhkan pada 2006 ini sudah enam kali membuat persembahan di Kuala Lumpur.  Kali terakhir mereka menggalas tugas sebagai ‘opening Act’ untuk konsert Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019.

    Setelah 17 tahun membina empayar, ‘Andra & The Backbone’ sekali lagi di beri ruang untuk ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’.  Konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd atau Qew Comm itu di jadual bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.

    Bagi pihak Qew Comm, pihaknya melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Andra yang juga merupakan salah seorang gitaris Dewa 19.  Selain itu mereka juga percaya bahawa Andra & The Backbone punya kelompok peminat mereka sendiri.

    Mereka juga percaya bukan hanya kelompok peminat rock tetapi peminat muzik ‘berat’ juga bakal hadir ke konsert itu nanti kerana ukhwah di kalangan mereka cukup kuat.

    Menerusi jenama Andra And The Backbone mereka telah mengeluarkan empat album iaitu “Andra and the Backbone” pada tahun 2007, “Season 2 ” (2008) , “Love, Faith & Hope” (2010) serta album kompilasi “The Best Of Republik Cinta” (2011) .

    Lagu hits mereka iaitu Sempurna yang diperkenalkan kembali oleh Gita Gutawa, “Lagi Dan Lagi”, “Dan Tidurlah”,  “Terdalam” , “Perih” , serta “Dengarkan Aku.

    Bagi anda yang menggemari lagu-lagu yang sarat dengan mesej tersirat, ini peluang untuk menyaksikan kehebatan Andra dengan lebih dekat, apatah lagi beliau memilih untuk jadi anggota paling pendiam jika beraksi bersama Dewa19.

    Konsert ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’ bakal merungkai sisi sebenar Andra, Stevie dan Dedy yang pasti memberi momen indah dan lebih ‘intim’ sekaligus memaku kesempurnaan Andra & The Backbone.

    Tiket dengan harga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP) akan mula dijual bermula 12 Okt ini di myticket.asia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *