Sat. Jul 27th, 2024

     

    Bersedia untuk persembahan yang menakjubkan! Pada 16 September, filem khas “DOH” akan ditayangkan hanya di platform Tonton. Ia adalah filem yang akan membuatkan anda berasa begitu banyak emosi yang berbeza dan membuatkan anda teruja sepanjang masa. Jangan lepaskan pengalaman menarik ini!

    “Doh” merupakan hasil kerjasama antara barisan pelakon berbakat dan arahan direktor yang berpengalaman dalam industri hiburan iaitu Arif Zulkarnain dan Haris M. Nor. Filem ini dijangka akan memukau penonton dengan plot dan kejutan yang tidak disangka-sangka.

    Filem “Doh” membawa penonton mengikuti perjalanan Faiz yang tersepit dengan tanggungjawab dalam menerajui bakeri yang diwarisi dari bapanya. Situasinya menjadi lebih rumit apabila sebuah bakeri moden yang sangat popular muncul di sekitar kawasan tersebut. Faiz berhadapan dengan tekanan untuk mempertahankan tradisi dan keunikan bakeri keluarganya sambil bersaing dengan pesaing moden yang menarik perhatian pelanggan yang semakin kurang. Adakah Faiz akan membuat keputusan pantas untuk menyelamatkan masa depan bakeri warisan keluarganya? Kisah ini mencuri perhatian dengan gabungan unik tradisi dan inovasi, serta menyentuh tema keluarga yang sangat bermakna. 

    Bukan sahaja plotnya menarik, “Doh” turut menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya. Bersama bintang seperti Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fabian Loo, dan ramai lagi, jaminan persembahan luar biasa akan diberikan. Dengan kehadiran mereka, setiap detik dalam filem ini akan menghidupkan suasana.

    Jangan lepaskan peluang ini! Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM 9.90 dan saksikan sendiri keajaiban “Doh”. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

    Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, #Doh, #DariRotiKeHati dan #ManisPahitBersama. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *