Sat. Jul 27th, 2024

    Menjelang sambutan kemerdekaan yang ke-65, HYPE GLOBAL VENTURES mengambil peluang untuk memperingati tanggal 31 Ogos bersama seluruh rakyat Malaysia, tidak kira di Semenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak.

    HYPE GLOBAL VENTURES sebelum ini terkenal sebagai penganjur yang kerap terlibat dalam acara uptown dan pengurusan jualan. Namun, tahun ini menjadi sejarah apabila mereka memulakan langkah pertama untuk mengembangkan nama mereka melalui acara hiburan seperti konsert yang bakal dilangsungkan.

    Dua acara akan diadakan di Tawau, Sabah, dan The Mines Sri Kembangan, Selangor sebagai sebahagian daripada acara hiburan yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh HYPE GLOBAL VENTURES berbekalkan semangat nasionalisme yang kuat.

    Acara yang dinamakan Konsert Malam Merdeka Bah Kita 2022 akan diadakan di Kompleks Sukan Tawau pada 30 Ogos 2022 seperti yang telah dijadualkan. Konsert tersebut akan membuka tirai pada jam 6 petang dengan tiket berharga RM45, RM80 dan RM120 bagi setiap kategori. Ia dijangka akan mendapat sambutan luar biasa daripada para pengunjung.

    Selain itu, barisan selebriti yang turut dijemput oleh pihak penganjur mempunyai peminat yang ramai. Ia menjadi menarik apabila HYPE GLOBAL VENTURES menjemput penyanyi-penyanyi terkenal dari Indonesia bagi merancakkan lagi suasana malam kemerdekaan negara sebagai simbol keharmonian antara dua buah negara.

    Antara selebriti yang akan tampil menghiburkan para pengunjung adalah Isnin Umbrella, Hazama, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.

    “Semua barisan penyanyi yang kami bawakan pada Malam Merdeka Bah Kita 2022 mempunyai pengikut dan digemari kelompok peminat pada masa kini.

    “Malah ada dalam kalangan artis Indonesia yang kita bawa mempunyai jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube.

    “Sengaja kami gabungkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu nanti,” ujar Pengarah Pengurusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof.

    Tambahan lagi, karnival yang bertempat di Tawau ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula dari 28 sehingga 30 Ogos 2022 sebagai simbol kemuncak menyambut kemerdekaan Malaysia kali ke-65.

    Selain konsert yang menjadi tumpuan acara karnival di Tawau, pengunjung juga dialu-alukan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya adalah pertandingan karaoke, battle of the band, jualan karnival makanan serta pelbagai barangan dan pakaian.

    Sebagai penghargaan buat para pengunjung yang hadir pada malam 30 Ogos, mereka yang bertuah mungkin akan membawa pulang hadiah utama atau ‘lucky draw’ yang merupakan sebuah motorsikal 250cc.

    “Kami sangat mengalu alukan kedatangan pengunjung bukan sahaja dari Tawau atau Sabah, tetapi juga Indonesia memandangkan lokasi karnival dan konsert iaitu Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti yang luas selain berdekatan dengan Kalimantan,” tambah Johari.

    Bagi mengekalkan semangat nasionalisme dalam jiwa masyarakat Malaysia, HYPE GLOBAL VENTURES menganjurkan persembahan kedua, Malam Santai Musical pada 2 September 2022 di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan.

    Persembahan yang bermula pada jam 8.30 malam itu akan menyaksikan penampilan istimewa oleh Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka, dan Valdy Nyonk untuk menghiburkan pengunjung di Uptown yang sememangnya menjadi tumpuan ramai sejak sekian lama.

    Dua harga tiket yang dijual adalah mengikut kategori iaitu RM65 dan RM165.

    “Pemilihan melakukan persembahan di lokasi Uptown The Mines pula kerana di sinilah tapak pemula HYPE. Kita mempunyai lebih 400 kedai di sini dan secara tak langsung dengan penganjuran persembahan ini ia akan menambah nilai promosi kepada tempat ini,” kata Johari.

    Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi talian +60 12-674 8347 (Farizal) dan +60 19 560 7948 (Tado) untuk acara persembahan di Mines.

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *