Tue. Jul 23rd, 2024

    Menyebut tentang bola sepak dan pasukan Harimau Malaya adalah seperti membangkitkan semangat sukan negara dalam hati peminat-peminat bola sepak.

    Pasukan Harimau Malaya sentiasa menjadi kebanggaan bukan hanya dalam penggemar sukan bola sepak tetapi rakyat Malaysia kerana perjuangan tanpa berbelah bahagi yang ditonjolkan oleh setiap individu sama ada di belakang tabir sehingga ke barisan pemain yang silih berganti sejak berpuluh tahun lalu.

    Namun di sebalik apa yang ditonton umum di padang  lewat kelincahan para pemain, ada kisah tersembunyi yang tidak diketahui sepanjang ‘perjalanan’ orang di sekliling Harimau Malaya.

    Mengangkat perspektif yang belum pernah dikupas dalam mana-mana penghasilan karya membabitkan Harimau Malaya, 4ward Pictures Sdn.Bhd dengan bangga mempersembahkan filem terbitan mereka, Harimau Malaya: The Untold Journey.

    Filem yang dibawakan oleh Nashrul Nasir selaku Penerbit Eksekutif dan Alif Nabil sebagai Penerbit ini menerima sentuhan magis sutradara terkenal, Dato’ Afdlin Shauki yang juga merupakan penulis skrip Harimau Malaya: The Untold Journey.

    Harimau Malaya: The Untold Journey diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.

    https://youtu.be/ZbvFnn0oI-0?si=kUcle3oWLBD6wScI

    “Dari inspirasi inim Harimau Malaya: The Untold Journey berkembang bukan sekadar tentang pemain bola sepak tetapi kami mengambil naratif berbeza terutama mengangkat kisah tiga orang peminat tegar yang digelar Ultras yang disenaraihitam menghadiri perlawanan bola sepak selama setahun.

    “Harimau Malaya: The Untold Journey juga menampilkan ‘sepak terajang’ atau ‘perjalanan panjang’ tentang individu-individu di belakang tabir, di sekeliling yang banyak membantu skuad kebangsaan tetapi tidak pernah ‘didendangkan’.” Ujar Nashrul Nasir dari 4ward Pictures Sdn.Bhd.

    Tambah Nashrul, penghasilan Harimau Malaya: The Untold Journey juga adalah sebuah apresiasi terhadap perjuangan skuad kebangsaan terutama selepas Berjaya menewaskan Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.

    “Kami percaya ada banyak kisah bersifat inspirasi yang boleh dikutip dan diambil daripada Harimau Malaya: The Untold Journey. Terutamanya kisah-kisah selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada tahun 2022.

    “Dengan kepakaran Dato’ Afdlin Shauki menulis skrip dan mengarahkan file mini dalam atmosfera drama, kesukanan dan sejarah yang dibalut nilai komersial, Harimau Malaya: The Untold Journey adalah sebuah karya wajib tonton.

    “Anda bukan hanya akan terinspirasi tetapi kami mahu menumbuhkan lebih segar patriotism terhadap skuad kebangsaan dan Malaysia tercinta,” ujarnya.

    Bagi Afdlin Shauki yang kali terakhir duduk di kerusi sutradara dua tahun lalu, kesempatan mengarahkan Harimau Malaya: The Untold Journey adalah platform yang digunakannya untuk mewujudkan kecintaan yang lebih besar bukan hanya terhadap sukan tetapi semangat setiakawan, pengorbanan dan patriotism yang sepatutnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.

    “Selaku rakyat Malaysia saya tidak seharusnya menolak peluang menggarap dan mengarah Harimau Malaya: The Untold Journey.

    “Ini bukan sahaja kerana mahua da satu masterpiece dalam karier pengarahan saya tetapi ia menjadi penghormatan saya kepada negara tercinta.

    “Menerusi Harimau Malaya: The Untold Journey, anda akan mengerti definisi ‘Kejayaan Memerlukan Keberanian Dan Pengorbanan,” Ujar Afdlin penuh semangat.

    Harimau Malaya: The Untold Journey dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Sophia Albarakbah, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Vanidah Imran, Khir Rahman, Douglas Lim, Fattah Amin, Kavin Jay, Fazura, Namron,Bell Ngasri, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

    Filem ini menjalani pengambaran selama 35 hari di sekitar Lembah Klang. Tertanya-tanya bagaimana isi Harimau Malaya: The Untold Journey? Jangan lupa saksikan dan semarakkan kecintaan terhadap sukan dan negara dengan menyokong file mini sebaik ditayangkan di pawagam berhampiran anda kelak.

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *