Wed. Feb 28th, 2024

    Yang Berbahagia Datuk Roziah binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Pantai Timur yang berlangsung pada 25 Ogos hingga 27 Ogos 2023 bertempat di Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang.

    Penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Pantai Timur ini adalah bagi menggalakkan rakyat di kawasan Pantai Timur untuk memberikan keutamaan kepada barangan buatan tempatan dan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023.

    Untuk makluman, pada hari ini terdapat dua puluh (20) pempaper yang turut sama dalam menjayakan Jelajah Mini KBM 2023 Zon Pantai Timur dan produk-produk yang dibawakan merangkumi kepelbagaian produk atau kluster dari keunikan tiga negeri berbeza iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

    Pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat Kerajaan dan KPDN dalam meneruskan usaha bagi memartabatkan barangan Malaysia dikala isu kos sara hidup yang meningkat dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia ketika ini.

    Antara inisiatif-inisiatif KBBM yang dilaksanakan pada tahun ini termasuklah melalui inisiatif pemerkasaan produk tempatan di dalam industri peruncitan tempatan dan platform dalam talian, inisiatif media animasi digital, inisiatif jualan bertema berdasarkan segmen khusus dan juga pelaksanaan Jelajah Mini KBM yang akan menjelajah ke lima (5) zon/wilayah di Malaysia di samping pelaksanaan acara kemuncak Karnival Barangan Malaysia pada penghujung tahun nanti.

    Justeru itu, KPDN menerusi penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 yang juga merupakan sebuah inisiatif yang ditambahbaik menerusi inisiatif KBM dan buat julung kalinya akan dilaksanakan dalam skala yang sederhana ke lima (5) zon/wilayah di seluruh Negara dan diharap inisiatif ini dapat menjadi pemangkin dalam merancakkan kembali pembelian barangan buatan Malaysia di samping mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa khususnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tempatan.

    Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 ini juga akan menampilkan pemain-pemain industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dipilih dari zon/wilayah yang terlibat itu sendiri untuk memperkenalkan barangan mereka kepada masyarakat setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah pameran dan jualan, sesi advokasi dan bermacam-macam aktiviti menarik untuk para pengunjung.

    KPDN ingin menyeru agar rakyat Malaysia untuk “Jom Sokong dan Beli” dan menyarankan pengguna supaya dapat membuat pilihan yang lebih tepat dengan membeli serta memilih barangan Malaysia yang sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk-produk luar.

    KPDN berharap agar rakyat Malaysia dapat turun beramai-ramai ke setiap lokasi Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 dalam memeriahkan lagi Karnival ini disamping menyokong produk-produk usahawan tempatan dan secara tidak langsung dapat memulihkan kembali ekonomi negara.

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *