Sat. Oct 26th, 2024

    Selain memperkenalkan model-model terbaru dari jenama-jenama lain, MForce turut mempersembahkan jenama terbaru yang dikenali sebagai Moto Bologna Passione, atau lebih akrab dengan MBP Moto di KL Bike Show 2023. Pengumuman ini sekaligus memastikan bahawa MForce akan menjadi pengedar eksklusif untuk jenama mewah dari Itali ini.

    MBP atau dikenali sebagai Moto Bologna Passione (MBP) adalah sebuah brand revolusi dalam dunia motosikal, dikenali dengan inovasi, kecemerlangan rekaan, dan teknologi terkini. MBP Moto tiba sebagai bukti nyata kepada inovasi dan kreativiti. Dengan aplikasi canggih dan sistem terkini, MBP Moto membolehkan peminat merasai pengalaman pemanduan yang lebih selamat, selesa, dan interaktif. Dari sisi kecekapan bahan api hingga sistem navigasi yang padu, setiap motosikal MBP Moto membawa bersamanya ciri-ciri berteknologi tinggi untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada para penunggang.

    Di KL Bike Show 2023 yang berlangsung di PWTC hari ini sehingga 27 Ogos 2023, Mforce mempamerkan beberapa model dari MBP yang dirancang bakal memasuki pasaran seperti C1002V, SC150RE, M502N dan SC150. Tiada lagi sebarang kata putus mengenai harga dan ciri-ciri akhir bagi setiap model tersebut kerana ianya masih dalam pertimbangan memandangkan perlu selari dengan misi utama Mforce iaitu menawarkan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

    Dante Bustos, Ketua Pegawai Pemasaran MBP Moto turut membuat sedikit pengenalan jenama di booth dan menceritakan sedikit sebanyak mengenai kekuatan dan kelebihan jenama ini. Dengan pengenalan jenama ini, ianya sedikit sebanyak dapat menarik perhatian ramai pengunjung dan juga memberikan keyakinan pihak umum terhadap jenama baru ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *