Sat. Jul 27th, 2024

    Di bulan November ini, Malaysia akan kembali menjadi tuan rumah bagi JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) yang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Sebagai langkah awal dalam jelajah Asia Tenggara, persiapkan diri untuk pengalaman luar biasa ini.

    Peminat dan pengumpul koleksi di sini cukup bertuah kerana Malaysia sekali lagi dipilih sebagai negara pertama di luar Jepun untuk bertemu  Ultra hero terbaharu, ULTRAMAN BLAZAR.

    Pasti ramai teruja untuk bersemuka dengan patung ‘ULTRAMAN BLAZAR’ bersaiz manusia yang diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’. Usah lepaskan peluang untuk bergambar bersama hero gagah setinggi 2 meter ini, yang dijangka akan menjadi tumpuan ramai!

     

     

    Ultraman Blazar

    JELAJAH ULTRA HEROES ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations.

    Menawarkan pelbagai aktiviti menarik, acara JELAJAH ULTRA HEROES ini pasti akan menawan imaginasi para peminat ULTRAMAN, yang kebanyakannya membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun yang sehingga kini masih mempunyai tarikan tersendiri.

    Bagi yang turut memeriahkan acara ini tahun lalu tentu masih ingat persembahan yang mengagumkan peminat. Pertempuran yang bakal diaksikan tahun ini juga tidak kurang hebatnya dan peminat berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi sinematik yang mengujakan dan melonjakkan paras adrenalin, antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN (The Magma Invasion Army Admiral).

    Jadi, pastikan anda mengosongkan jadual anda untuk menyaksikan sendiri persembahan pertama ultra hero kesayangan ramai ini pada 1 Disember, jam 7 malam. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu 2, 3, 9 dan 10 Disember, pada jam 1 petang, 4 petang dan 7 malam untuk setiap tarikh.  (*Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)

    Jangan ketinggalan menonton tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang mendukung watak Gento Hiruma dalam ULTRAMAN BLAZAR.

    Acara JELAJAH ULTRA HEROES ini akan meninggalkan kenangan manis kepada pengunjung apabila ia turut dimeriahkan dengan diorama menarik figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations. Bukan sekadar persembahan siri Ultraman S.H Figuarts, bahkan ia turut membawakan IP popular lain seperti ‘ONE PIECE’, ‘SPY x FAMILY’,MASHLE’ dan ‘HELL’s PARADISE’.

    Singgahlah di kaunter jualan istimewa jika timbul keinginan untuk membawa pulang cenderahati selepas melihat figura berkualiti tinggi di sini. Tanda kenangan ini pasti akan menceriakan lagi koleksi anda!

    Untuk peminat setia anime dan figura kami, Tamashii Nations juga akan membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara ini iaitu ‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO – Clear Color ver.’, ‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’ dan ‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion – Exclusive Edition’. Bahkan ‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’ juga boleh diperolehi di sini.

    Pada sesi jelajah ini, peminat dan pengumpul koleksi Tamashii Nations akan berpeluang untuk membeli barangan eksklusif yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. Caranya mudah sahaja, hanya pergi kaunter jualan istimewa dan anda tidak perlu lagi bersusah-payah terbang ke luar negara untuk memilikinya.

    Selepas acara di Malaysia, ultra hero kesayangan ramai ini dijadualkan akan ke kota Asia Tenggara lain termasuklah di Thailand dan Indonesia untuk bertemu peminat di sana! Sila log masuk ke laman Facebook rasmi ‘Tamashii Nations South Asia’ untuk mendapatkan makluman terkini.

    Kemasukan ke acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES adalah percuma. Waktu operasi adalah dari 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.

    #UltraHeroesTourSouthEastAsia2023

    #UltramanBlazar

    #TamashiiNations

     

     

     

    BARANGAN EKSKLUSIF ACARA

    S.H.Figuarts ULTRAMAN ZERO Clear Color Ver.

    ULTRAMAN ZERO Clear Color Version muncul buat kali pertama di S.H.Figuarts. Gandingan cat metalik warna biru dan merah terang menjadikan penampilan figura ini cukup istimewa.

     

    Boleh didapati pada harga RM210.

     

    S.H.Figuarts ULTRASEVEN [THE MYSTERY OF ULTRASEVEN]

    Ultraseven dari ‘THE MYSTERY OF ULTRASEVEN’ kini boleh didapati di S.H.Figuarts. Warna merah dan perak pada badannya disesuaikan mengikut imej komik. Penambahan bayang pada tempat-tempat penting ditubuhnya membuatkan ‘Ultraseven’ yang dihasilkan dengan teliti ini kelihatan secantik versi komik.

    Boleh didapati pada harga RM229.

     

     
    FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU –Dragon Fist Explosion- -Exclusive Edition-

    ‘Super Saiyan 3 SON GOKU’, yang mempunyai tembakan penumbuk naga, kini boleh didapati di FiguartsZERO. Ia dicipta berdasarkan imej warna dari filem ‘Dragon Ball Z: Wrath of the Dragon’. Rambut dan anggota naga SON GOKU dihasilkan menggunakan pewarna mutiara untuk tampak lebih menyerlah.

    Boleh didapati pada harga RM360.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    BARANGAN GEDUNG TAMASHII NATIONS

     

     

     

     

    GEDUNG TAMASHII NATIONS – Gedung-gedung rasmi utama yang ditubuhkan oleh TAMASHII NATIONS di Jepun, China, dan Amerika Syarikat, mempamerkan figura-figura terbaharu dengan barangan edisi terhad yang boleh dibeli di gedung berkenaan selain dijual secara eksklusif di bilik pameran rasminya, ‘TAMASHII SPOT’.

     

    NXEDGE STYLE

    [MS UNIT] NIGHTINGALE

    -TOKYO LIMITED Ver.-

     

    NXEDGE STYLE

    [MS UNIT] Hi-ν GUNDAM

    -TOKYO LIMITED Ver.-

     

    THE ROBOT SPIRITS

    <SIDE MS> MS-06S Char’s ZAKU
    ver. A.N.I.M.E. -Real Marking-

    THE ROBOT SPIRITS

    <SIDE MS>RX-78-2 GUNDAM
    ver. A.N.I.M.E. -Real Marking-

    METAL BUILD

    STRIKE GUNDAM

    -HELIOPOLIS ROLL OUT Ver.-

    SAINT CLOTH MYTH EX

    PEGASUS SEIYA

    (New Bronze Cloth)

    -GOLDEN LIMITED EDITION-

    SAINT CLOTH MYTH EX

    DRAGON SHIRYU

    (New Bronze Cloth)

    -GOLDEN LIMITED EDITION-

    SAINT CLOTH MYTH EX

    PHOENIX IKKI

    (New Bronze Cloth)

    -GOLDEN LIMITED EDITION-

    SAINT CLOTH MYTH EX

    ANDROMEDA SHUN

    (New Bronze Cloth)

    -GOLDEN LIMITED EDITION-

    SAINT CLOTH MYTH EX

    CYGNUS HYOGA

    (New Bronze Cloth)

    -GOLDEN LIMITED EDITION-

    SAINT CLOTH MYTH APPENDIX GOLD CLOTH OBJECT 20th Anniversary Ver.

     

    S.H.Figuarts

    Trigger Truth

    S.H.MonsterArts

    Godzilla [2019]

    -Night Color Edition-

    TINY SESSION

    VF-25F MESSIAH VALKYRIE(ALTO SAOTOME USE) with SHERYL NOME & RANKA LEE

    -METALLIC COLOR EDITION-

    THE ROBOT SPIRITS

    <SIDE EVA>

    EVA-01 TEST TYPE

    [Best Selection]

    METAL BUILD

    EVANGELION-01 TEST TYPE

    -STORE LIMITED EDITION-

    S.H.Figuarts

    SON GOKU
    -Innocent Challenger-

    FiguartsZERO

    SUPER SAIYAN SON GOKU

    (Tokyo Limited)

    FiguartsZERO

    Monkey・D・Luffy -Battle Ver.‐(Special Color Edition)

    FiguartsZERO TONYTONY.CHOPPER

    (Special Color Edition)

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *