Sat. Jul 27th, 2024

    Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 – KFC & Pizza Hut Malaysia telah melancarkan promosi istimewa sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 65 dengan tawaran bermula RM6.50.

    KFC menawarkan tiga set promosi sempena ulangtahun kemerdekaan ke-65

    KFC menawarkan tiga jenis pilihan menu pada harga RM6.50. Set A yang terdiri daripada seketul ayam KFC dengan Sos Jalapeno (4oz), Set B – seketul ayam KFC dengan kentang putar (4oz), dan Set C – seketul Ayam KFC dengan Nasi Kolonel.

    Pizza Hut menawarkan dua set promosi sempena ulangtahun kemerdekaan ke-65

    Manakala, Pizza Hut pula menawarkan dua jenis promosi pada harga RM6.50. Peminat piza kini boleh merasai piza bersaiz peribadi dengan minuman berkarbonat pada harga ini, atau menambah (tambahan) Hut’s Chocolate Lava Cake pada harga RM6.50 (sah dengan sebarang pembelian). Promosi ini bermula pada 22 Ogos dan akan berakhir pada 30 Ogos 2022.

    “Selaku jenama yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Malaysia, KFC berbesar hati untuk meraikan kejayaan ini bersama rakyat Malaysia dan kami berharap tawaran ini akan menambah keceriaan kepada pelanggan kami”, kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia.

    “Pizza Hut sinonim dengan detik istimewa dan Hari Merdeka adalah hari istimewa yang sentiasa dekat di hati kita semua. Kami berharap dapat menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih ceria disamping keluarga, oleh itu kami berbesar hati untuk menawarkan promosi ini”, kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

    Untuk mengetahui informasi lanjut, sila layari www.kfc.com.my dan www.pizzahut.com.my

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *