Sat. Jul 27th, 2024

    Umum mengetahui bahawa salah satu komponen atau tonggak utama dalam menggalakkan keharmonian antara etnik ialah sukan. Sehubungan itu, Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia yang akan berlangsung dari September hingga Oktober 2022 akan dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

    Futsal dan Bola Jaring merupakan dua (2) sukan yang akan dimainkan. Kedua-dua sukan ini akan dipertandingkan oleh 16 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

    Juara bagi setiap negeri pula bakal berentap di Peringkat Kebangsaan untuk dimahkotakan sebagai Juara Kebangsaan.

    Jangan tangguh-tangguh lagi. Sila hubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di negeri anda secepat mungkin. Anda boleh menerima hadiah wang tunai sehingga RM10,000.00.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pegawai yang berkenaan sebagaimana tertera di bawah:

    ) :

    Mohd Zulhilmi bin Mohd Husin

    No. Telefon : 03-8091 8234

    Email : [email protected]

    ) :

    Puan Noradnin Suhaizan binti Adnan

    No. Telefon : 03-8091 8205

    Email : [email protected]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *