Sun. Jun 23rd, 2024

    Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah (M.A.W.A.R) dengan gembiranya mengumumkan pelaksanaan Majlis Jamuan Hari Raya bersama Asnaf PPR Abdullah Hukum di Malakat Mall yang telah berlangsung pada 20 Mei 2023.

    Majlis ini telah diadakan di Malakat Mall, yang merupakan lokasi yang selesa dan luas untuk jumlah tamu yang hadir pada majlis tersebut. Malakat Mall juga menyediakan fasiliti yang memadai untuk acara ini.

    Majlis Jamuan Hari Raya bersama Asnaf PPR Abdullah Hukum di Malakat Mall adalah sebuah acara yang diadakan untuk merayakan Hari Raya bersama komuniti Asnaf PPR Abdullah Hukum. Acara ini bertujuan untuk menyediakan jamuan makanan dan hiburan yang menyenangkan bagi mereka yang memerlukan.

    Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan memberikan kesenangan kepada golongan Asnaf PPR Abdullah Hukum sempena sambutan Hari Raya. Sebagai NGO yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat, M.A.W.A.R berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sosial yang memberikan manfaat dan keceriaan kepada golongan yang memerlukan.

    Pada acara tersebut, disajikan dengan pelbagai hidangan yang lazat khas bersempena dengan Hari Raya. Selain itu, Selain itu juga, Majlis tersebut telah dihiburkan dengan persembahan nyayian yang berkonsepkan Islamik. Antaranya lagu yang dinyanyikan seperti Intifada, Pergi Tak Kembali, Suara Takbir dan banyak lagi yang menyentuh rohani.

    Acara ini merupakan wujud kepedulian dan kebersamaan dalam merayakan Hari Raya dengan membantu dan menyenangkan komuniti Asnaf PPR Abdullah Hukum. Selain mengadakan jamuan makan dan beramah mesra dalam masa yang sama pertubuhan itu juga telah memberi sumbangan berbentuk makanan kering dan barangan keperluan rumah pada akhir program sebagai penutup.

    Majlis yang dijalankan ini juga dapat memberi impak yang positif kepada ekonomi sosial buat semua asnaf PPR Abdullah Hukum.

    Di akhir kata, Semoga pemberian yang diberikan dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka untuk masa hadapan inshAllah.

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *