Sat. Jul 27th, 2024
    Gambar kredit: Motac
    Gambar kredit: Motac

    YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara D-Nexus Holidays, Kirim Bersatu, dan Batik Air bagi laluan Kuala Lumpur – Jeddah – Kuala Lumpur pada 15 Jun 2023 pada jam 2 tengah hari hingga 4 petang bertempat di Dewan Sri Utama 2, Complex Craft Kuala Lumpur.

    Majlis itu dianjurkan sebagai tanda persefahaman bersama dan kerjasama teguh antara kementerian dengan syarikat yang terutama terlibat dalam sektor Umrah. Seramai 300,000 jemaah umrah Malaysia telah meninggalkan negara ini setakat Mac 2023, dan angka itu dijangka meningkat.

    Turut hadir YB Datuk Haji Hasbi Hasbibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan, YBhg. Prof. Datuk Azlie Halim, Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), YBrs. Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, YBrs. Encik Monaharan Periasamy, Pengarah Kanan Tourism Malaysia, Tuan Haji Mohamad bin Minhat, Ketua Pegawai Eksekutif D-Nexus Holidays, YBrs. Encik Mohd Azry Mohamad, Pengarah Kirim Bersatu dan wakil- wakil dari agensi pelancongan lain.

    Gambar kredit: Motac

    MOTAC sentiasa memastikan industri ini berdaya saing dan canggih di peringkat kerajaan bagi memenuhi corak permintaan semua pelancong tempatan dan luar negara. Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah Umrah Malaysia, MOTAC sentiasa membantu dan bekerjasama.

    Pada para Jemaah yang ingin mengerjakan Umrah boleh menerusi mereka untuk melihat pakej-pakej Umrah yang berbaloi yang mereka telah sediakan. Mereka bakal terbang ke Jeddah menaiki Kapal Terbang baharu Batik Air Malaysia bermula pada 19 Ogos 2023 ini.

    MOTAC juga menyokong usaha untuk menarik pelancong Arab Saudi ke Malaysia, terutamanya apabila pelancongan halal semakin digemari dan mendapat sambutan tinggi pada peringkat dunia.

    Gambar kredit: Motac

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *