Sat. Jul 27th, 2024

    Fendy Caliph Buskers secara rasmi membuat debut dengan identiti baru sebagai DERU dan membuat debut lagu terbarunya, “Antipati,” pada majlis pelancaran yang diadakan di Hotel IDEAS di Kuala Lumpur pada 8 November 2023.

    Lagu sepenuhnya ciptaan oleh Fenalea ini menggambarkan perjalanan sebuah kisah pengkhianatan dan patah hati dalam sebuah perhubungan. Karya yang ditulis dengan penuh emosi yang mendalam ini juga mampu membuatkan pendengar merasai sendiri sakitnya dikhianati.

    DERU yang sebelum ini dikenali sebagai Fendy Caliph Buskers, berusaha memberikan pengalaman mendengar yang unik melalui perubahan gaya dan penjenamaan semula. Dalam sidang akhbar selepas acara pelancaran, DERU berkongsi, “Saya sangat gembira dapat berkongsi karya ini dengan peminat-peminat setia saya. Lagu ‘Antipati’ adalah hasil dari perjalanan peribadi saya dan saya berharap ia dapat menyentuh hati setiap pendengar.”

    Perubahan nama dari Fendy Caliph Buskers kepada DERU bukan sahaja mencerminkan transformasi artistic, tetapi juga menandakan bab baru dalam kerjaya muziknya, DERU berharap bahawa nama barunya akan membawa pembaharuan dan menonjolkan identity kreatifnya yang lebih matang.

    “DERU bukan sekadar nama, tetapi ia adalah manifestasi perjalanan saya dalam muzik. Saya berharap dengan perubahan ini, saya dapat memberikan sesuatu yang baru dan segar kepada para pendengar. Saya juga berharap peminat dapat menyokong karya terbaharu ini dan saya berjanji untuk terus memberikan karya-karya yang bermakna di masa akan datang,” akhiri DERU.

    Lagu ‘Antipati’ yang mendapat sentuhan penerbit yang kian mendapat tempat di dalam industri muzik tanahair iaitu Rudy Nastia kini boleh didapati di semua platform muzik digital utama seperti Spotify, Apple Music dan Youtube. Muzik video rasmi Antipati juga boleh ditonton di saluran Youtube NSR Malay.

    Muzik video release: 13 September 2023

    Digital release: 22 September 2023 Komposer: Fenalea

    Lirik: Fenalea

    Penerbit Muzik: DERU

    Penolong Penerbit Muzik: Rudy Nastia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *