Sat. Jul 27th, 2024

    Tonton Original mempersembahkan siri misteri terbaharu, Metro Crime Series. Berbekalkan kemahiran dan keberanian, dua wartawan berpengalaman dari Harian Metro, Fatema (Zahirah MacWilson) dan Rozimi (Aloy Paradoks) akan mengungkap misteri di sebalik kematian tragis Syerinie.

    Metro Crime Series telah mula disiarkan secara eksklusif di Tonton sejak 6 Julai 2023 lalu untuk dua episod permulaan. Drama bersiri terbitan Razor’s Edge Pictures ini disiarkan pada setiap hari Khamis dan mengandungi 10 episod. Ia merupakan arahan Faizul A. Rashid dan Megat Sharizal dan merupakan hasil nukilan skrip oleh Hadi M. Nor serta menampilkan pelakon hebat tanah air seperti Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Nia Atasha, Wan Raja, Chew Kin Wah, Aqilah Abas, Megat Sharizal, Mustaqim Bahadon, Megat Adli, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

    Diilhamkan dari sebuah kes jenayah terkenal di Malaysia, siri ini akan membawa penonton ke dalam dunia yang penuh teka-teki. Ia bermula dengan kehilangan Syerinie (Eamie Elyna) secara misteri setahun yang lalu. Kehilangan Syerinie telah menimbulkan pelbagai persoalan. Fatema (Zahirah MacWilson) merupakan seorang wartawan di meja jenayah. Walaupun kes ini telah ditugaskan kepada rakan sekerjanya Rozimi (Aloy Paradoks), namun naluri Fatema sebagai seorang wanita tetap ingin mengetahui misteri kehilangan Syerinie. Jika benar diculik dan dibunuh dengan kejam, siapakah pembunuh itu? Apa pula motif atau modus operandi wanita itu diperlakukan sebegitu? Semuanya bakal terjawab dalam setiap episod Metro Crime Series.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kelainan plot dan kejutan yang akan menarik perhatian anda dalam setiap episod. Kisah ini bukan sahaja merentasi sempadan jenayah, tetapi juga membangkitkan emosi dan mencetuskan imaginasi anda. Ia adalah pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan. Bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang perkembangan dan plot yang menarik, anda boleh melanggan Tonton dengan bayaran serendah RM 9.90 sahaja!

    Teruskan menonton Metro Crime Series di Tonton dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store, atau layari laman web tonton.com.my. Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, #ZahirahMacWilson, #AloyParadoks, #SiapaLelakiItu, dan #MCS. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *