Jualan Jakel Rahmah diperkenalkan sempena Aidilfitri di Jakel Mall hari ini mengikut hasrat kerajaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, akan mengakhiri kempen jualan yang akan membekalkan peralatan Aidilfitri pada kos yang berpatutan.
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, inisitif tersebut adalah sebahagian tanggungjawab social korporat (CSR) selain tanda penghargaan Jakel di atas sokongan para pelanggan.
“Usaha itu juga bagi mendukung hasrat kerajaan dalam usaha menawarkan persiapan Hati Raya dengan harga mampu milik kepada orang ramai khususnya umat islam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.”
“Diharapkan inisiatif kami ini dapat memberi kesan positif terutamanya kepada para pelanggan yang terkesan akibat keadaan ekonomi mencabar sekarang,” katanya.
Jualan Rahmah Jakel yang akan berlangsung dari 22 Mac sehingga akhir syawal itu menawarkan potongan harga dari 10 hingga 85%.
Orang ramai boleh mendapatkan koleksi pakaian raya pelbagai saiz, potongan dan material yang ditawarkan menerusi kempen ini.
Ini meliputi baju Melayu dewasa, baju kurung Wanita, baju Melayu danbaju kurung kanak-kanak selain pakaian sedondon pasangan yang semuanya potongan tambahan 10-20% dari harga jualan murah.
Lebih menarik, baju Melayu Dewasa Jakel, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad turut ditawarkan dengan percuma kain samping pada harga istimewa antara RM139 hingga RM149 sepasang, yang mana harga asalnya, antara RM259 ke RM299 sepasang.
Menerusi kempen ini, orang ramai turut boleh mendapatkan kurta dengan harga yang sangat rendah dari RM59 sehelai dan kain samping RM49 dengan pelbagai corak menarik.
Selain kempen tersebut, Jakel turut menawarkan keperluan lain sempena Aidilfitri seperti permaidani, langsir, aksesori dan banyak lagi dengan potongan harga di bawah satu bumbung.