Sat. Jul 27th, 2024

    Empat Peserta Terpaling Juara iaitu Hazami, Shaz, Rahmad Mega dan Aqmal layak ke Peringkat/ Pentas Akhir Terpaling Juara. Pentas Akhir Terpaling Juara bersiaran pada hari Ahad, 9 Oktober 2022, pukul 9:00 malam di TV3.

    Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

    ‘Terpaling Juara’ mempertaruhkan 3 kapten yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij  untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

    Lagu – lagu popular AJL akan diberikan nafas baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara!

    Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.

    Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit.

    Hos Program

    Haziq Hussni dan Shiha Zikir

    Juri Tetap

    Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff

    Juri Jemputan

    Dato’ Sri Siti Nurhaliza

    Kapten & peserta

    Kapten Akim Ahmad

    Hazami

    Aqeesh (Aqeesh Aleeya) – Tersingkir pada episod 6

    Kapten Hael Husaini

    Rahmad Mega

    Shaz (Shazreen Shaharum)

    Kapten Naim Daniel

    Ifa Raziah – tersingkir pada episod 4

    Aqmal (Aqmal Ramdan)

    Senarai Pemenang & Hadiah

    Juara – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM100,000

    Rahmad Mega (Kapten Hael)

    Tempat kedua – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 50,000

    Aqmal (Kapten Naim)

    Tempat ketiga – Trofi &  Hadiah Wang Tunai RM 30,000

    Hazami (Kapten Akim)

    Tempat keempat – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 10,000

    Shaz (Kapten Hael)

     

     

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *