Sat. Jul 27th, 2024

    17 September 2022 – Di Selayang Mall, kejohanan badminton tahunan Piala Hari Malaysia yang sulung berlangsung. Persatuan Badminton Selangor telah meluluskan pertandingan ini yang dikendalikan oleh Warisan Batu P115 dan Akademi Badminton Flying Spirit (FSBA).

    Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti di sana. Pertandingan badminton ini menjadi lebih meriah kerana disertai oleh wakil dari pelbagai negeri.

    Selain itu, penganjur mempertandingkan pelbagai kategori dalam kejohanan tersebut yang menjadikan ia lebih rancak dan menyeronokkan.

    Seterusnya, terdapat sesi bersama Wakil Warisan Parlimen Batu pada jam 2:00 petang. Beliau merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan memberikan sepatah dua kata kepada para hadirin yang terlibat dalam acara itu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *