Thu. Feb 22nd, 2024

    SHAH ALAM (3 OKTOBER 2022): Kelab Badminton Petaling (PBC) mempunyai peluang cerah untuk mara ke separuh akhir Liga Profesional Ungu SENHENG redONE selepas menang 15-3 menentang Singapura petang tadi.

    Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu, Cheah Liek Hou memulakan rentak kemenangan buat Petaling dengan cemerlang menewaskan Marcus Phil 3-0 (11-9, 11-9, 11-9) dalam aksi 24 minit

    Pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo itu berkata, “Ini kali pertama saya bertemu Marcus Phil, jadi saya telah membuat analisa permainan beliau semalam.

    “Jelas ia sangat membantu saya untuk mencuri mata di atas kelebihan pengalaman yang saya miliki berbanding beliau.”

    Kemenangan kedua Petaling pula disumbang oleh perseorangan wanita dari Chinese Taipei, Pai Yu-Po yang menewaskan Megan Lee Xinyi 3-1 (11-8, 10-11, 11-8, 11-10) untuk menjadikan kedudukan 6-1. 

    Memasuki perlawanan ketiga, Petaling yang menggandingkan Goh V Shem dan Low Juan Shen meraih kemenangan mudah mengatasi pasangan Donovan Willard-Loh Kean Hean 3-0 (11-7, 11-9, 11-7) dalam masa 20 minit.

    Reaksi perlawanan mereka, “Ia bukanlah kemenangan yang mudah, kerana kami masih lagi belum mendapat rentak dan perlu memperbaiki permainan kami pada perlawanan menentang kelab dari Indonesia nanti.”

    Dalam aksi beregu campuran pula, pasangan Ng Eng Cheong-Lai Pei Jing tidak perlu bermandi peluh apabila mudah menewaskan lawan mereka Johann Prajogo-Ho Lo Ee 3-0 (11-7, 11-9, 11-4)

    Pengalaman yang dimiliki oleh Lai Pei Jing dimanfaatkan sepenuhnya oleh Ng Eng Cheong biarpun mengakui agak gugup berpasangan dengan Pei Jing.

    “Saya sedikit gugup kerana Pei Jing lebih senior berbanding saya. Tetapi beliau tetap tenang dan memberi tunjuk ajar kepada saya di dalam gelanggang.

    Kemenangan mutlak 15-3 buat Petaling disempurnakan oleh pemain dari Perancis, Brice Leverdez yang berhempas pulas mengatasi Lim Ming Hong 3-2 (9-11, 7-11, 11-10,11-6, 10-5).

    Musim keenam SENHENG redONE Purple League Profesional kini sedang berlangsung dari 1 hingga 6 Oktober di Stadium Malawati, Shah Alam manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *