Wed. Nov 6th, 2024

    Yang Berbahagia Dato’ Rohaizi bin Bahari, Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 bertempat di Sri Pentas Bandar Utama, Selangor.

    Pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 akan mengetengahkan beberapa inisiatif strategik yang mana akan membantu melonjakkan ekonomi domestik, meluaskan pasaran produk tempatan, di samping membantu penerimaan rakyat terhadap barangan Malaysia.

    Antara inisiatif yang dirancang termasuklah Pemerkasaan Produk Tempatan Di Dalam Industri Peruncitan Tempatan dan Platform Dalam Talian, Karnival Barangan Malaysia, Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia, Jualan Bertema Berdasarkan Segmen Khusus dan juga Kolaborasi Strategik Media Animasi Digital.

    Kementerian juga telah menjalinkan kerjasama strategik bersama 16 syarikat peruncitan tempatan terkemuka negara dan juga 3 platform dalam talian bagi memastikan produk tempatan terus diperkasa menerusi syarikat[1]syarikat terbabit.

    Selain itu, Kementerian juga turut menjalinkan kolaborasi strategik bersama syarikat Animonsta dan juga syarikat Warnakala bagi mempromosikan KBBM ini menerusi watak animasi Papa Pipi dan Didi & Friends.

    Bagi pelaksanaan Jualan Bertema Berdasarkan Segmen Khusus, kerjasama bersama Malaysia Bumiputera Designer Association (MBDA) dan juga Perbadanan Kraftangan Malaysia telah dijalinkan dalam mengangkat produk Malaysia menerusi segmen fesyen dan kraftangan.

    Menerusi pelaksanaan inisiatif strategik ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam merancakkan kembali pembelian barangan buatan Malaysia di samping mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa khususnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tempatan.

    KPDN ingin menyeru rakyat Malaysia untuk “Jom Sokong dan Beli” dan menyarankan pengguna supaya dapat membuat pilihan yang lebih tepat dengan membeli serta memilih barangan Malaysia yang sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk luar.

    KPDN berharap agar rakyat Malaysia MADANI dapat turun beramai-ramai ke setiap lokasi Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 termasuk acara kemuncak Karnival Barangan Malaysia 2023 bagi memeriahkan lagi Karnival disamping menyokong produk-produk usahawan tempatan dan secara tidak langsung dapat memulihkan kembali ekonomi negara.

    “Jom Sokong dan Beli” Barangan Malaysia “Barang Baik, Barang Kita”

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *