Wed. Feb 28th, 2024

    Assalamualaikum sahabat semua.

    Ahad lepas saya bersama rakan-rakan media pergi ke Ipoh untuk memenuhi jemputan dalam acara Nostalgia Lagenda Charity Dinner.

    Rasa tidak lengkap pula bila bertandang ke negeri orang tapi tak mencuba tempat-tempat makan yang menarik disana. Selepas berbincang kami pon bersetuju untuk menikmati Nasi Arab di sebuah restoran yang dikatakan agak terkenal dengan keenakan dan harganya yang berpatutan.

    Kami singgah di Restoran Nasi Arab Special di Taman Cempaka, Ipoh. Jarak restoran ini dengan hotel kami menginap iaitu Hotel Zone, Ipoh kurang 15 minit perjalanan.

    Selain Nasi Arab yang menjadi menu terlaris, terdapat juga pelbagai menu lain yang boleh dinikmati oleh pelanggan. Ada dessert/kuih Arab & Turkish serta, shawarma, western dan sebagainya.

    Dengan harga yang murah dan berpatutan, saya yakin para pembaca tidak akan menyesal mencuba makanan disini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *