Wed. Nov 6th, 2024

     

    Rizky Febian, penyanyi ‘crooner’ terkenal, memukau penonton di Kuala Lumpur dalam konsert ‘AN ALBUM LIVE CONCERT: BERONA DAY RIZKY FEBIAN.’ Malam tersebut berlangsung pada 3 November di Megastar Arena KL @ Sg. Wang Plaza, dan dianjurkan oleh Hitman Solutions.

    “Saya masih tidak boleh ‘move on’ terhadap konsert lalu dan mahu menghiburkan lagi peminat di Malaysia kerana sokongan mereka yang tidak berbelah bagi, dan buktinya pada malam Berona Day ini, penuh ‘rona’ melalui lagu-lagu yang saya sampaikan buat semua penonton,” kongsi pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25 tahun.

    Konsert yang berkonsepkan album ini merupakan siri jelajah rangka mempromosikan album kedua Rizky berjudul ‘Berona’ yang dilancarkan pada 21 Julai tahun ini.

    Album yang mengandungi 10 buah lagu baharu ini adalah hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.

    Lebih 4000 penonton dihiburkan selama hampir 2 jam dengan 18 buah lagu kesemuanya, diantaranya Berona, Luka, Kesempurnaan Cinta, Indah Pada Waktunya, Ego, Seperti Kisah, Selaras Kata, Ragu, Terpesona, Membisu serta lagu-lagu hits Rizky yang terdahulu.

    Selaku pengarah muzik bagi konsertnya sendiri, penonton berpeluang merasai sendiri warna nyanyian yang berbeza dan lebih dewasa yang disampaikan Rizky.

    Katanya, “Dari segi susunan muzik, saya sendiri yang menentukan ‘warnanya’ sesuai dengan usia saya yang semakin meningkat dengan diiringi barisan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

    “Terima kasih buat semua yang hadir pada malam ini kerana menjadikan konsert Berona Day sebuah momen berharga bagi saya yang akan saya simpan sampai bila-bila, kepada pihak penganjur, Hitman Solutions, terima kasih kerana menjadikan impian saya untuk kembali ke Malaysia menjadi realiti.

    En. Rohit Rampal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions berkata, “Konsert Berona Day ini tidak mungkin berlaku jika bukan permintaan yang tinggi terhadap Rizky yang mempunyai pengaruh media sosial kuat dikalangan penggemar muzik tempatan.

    “Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai artis-artis muda yang berkebolehan seperti Rizky, baik artist tempatan mahupun antarabangsa yang dapat mewarnai industri hiburan tanah air kita.”

    Merujuk kepada rancangannya yang akan datang, En Rohit berkata, “Hitman Solutions melihat untuk menganjur lebih kurang 21 konsert untuk artis tempatan dan antarabangsa pada tahun 2024. Terdapat banyak permintaan dari peminat-peminat serta keinginan artis antarabangsa untuk menyenaraikan Malaysia dalam senarai konsert jelajah dunia mer9bbbbbeka.”

    Terima kasih kepada semua yang hadir dan termasuk para penaja – Era FM & Gegar.my (Radio Rasmi), RFAS MUSIC (Rekod Music Rasmi), Sunway Putra Hotel (Hotel Rasmi), Batik Air (Syarikat Penerbangan Rasmi) dan disokong oleh Tourism Malaysia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *