Sun. Apr 14th, 2024

    Borneo Rock Festival 2023 menjadi satu acara yang mengagumkan dengan mengangkat tema Budaya Popular Dan Kontemporari. Terdapat banyak elemen menarik yang bakal berlangsung dalam festival ini.

    Borneo Rock Festival 2023 bukan hiburan semata-mata. Bukan hanya menjadi medan pengunjung hadir untuk berhibur dengan ‘bingit’ dan pulang tanpa meninggalkan impak dan momen terbaik. Begitu harapan besar daripada penganjur, Imika_culture.

    Namun di Borneo Rock Festival 2023 yang direncana berlangsung pada 30 Disember  2023 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, pengunjung akan mendapat pengalaman dan ilmu baharu yang tidak pernah diperoleh dalam penganjuran lain.

    Di Borneo Rock Festival 2023, penganjur mewarnai ia dengan gabungan pelbagai jenis seni sekaligus mengangkat budaya unik Sabah yang barangkali kurang diberi perhatian sebelum ini.

    “Selaku penganjur kami sangat berbesar hati untuk merangkumkan antara seni dan budaya lalu membawa tema Budaya Popular Dan Kontemporari dalam Borneo Rock Festival 2023.

    “Kami mahu Borneo Rock Festival bukan hanya menjadi pesta yang dianjurkan dan mudah dilupakan tetapi mahu menjadi tanda aras terhadap penganjuran festival yang bukan hanya meletakkan hiburan semata-mata tapi perlu memberi ilmu juga tentang seni dan budaya masyarakat setempat.

    “Harapan kami agar Borneo Rock Festival 2023 mencapai matlamat sekaligus boleh diteruskan penganjurannya pada masa akan datang sebagai medium buat generasi masa kini menikmati hiburan berkelas,” ujar Dato’ Abdul Rahim dari Imika_culture penganjur Borneo Rock Festival 2023.

    Oleh yang demikian, Borneo Rock Festival 2023 menampilkan 30 band terkenal yang akan membuat objektif penganjuran festival ini mencapai matlamat.

    Search, Wings, A.C.A.B, Hujan, Butterfingers menjadi tarikan utama Borneo Rock Festival 2023.

    “Sesuai konsep Borneo Rock Festival 2023, kami bawakan band-band ikonik bagi mewakili generasi muzik penggemar.

    “Search dan Wings adalah dua kugiran gergasi yang rasanya ‘berdosa’ untuk tidak dijadikan line up utama Borneo Rock Festival.

    “Kami juga membawakan the one and only Butterfingers dan the legendary A.C.A.B khusus buat fanatik mereka di Borneo.

    “Hujan pula sudah punya berlapis generasi peminat dan tentu saja nama mereka juga besar di sini,” katanya lagi.

    Vokalis Search, Amy, menyifatkan penganjuran Borneo Rock Festival 2023 sebagai inisiatif yang cukup baik daripada anak tempatan dalam menyatukan seni serta budaya untuk dihayati oleh pengunjung.

    “Search sangat tertarik dengan konsep Borneo Rock Festival 2023 yang bukan hanya mengangkat muzik rock sebagai ‘jualan utama’ tapi juga memberi peluang kepada band lokal dan komuniti seni serta budaya yang ada.

    “Apa lagi melihat geng line up seperti Wings, A.C.A.B, Butterfingers dan Hujan, tentu Search berasa terhormat untuk menghiburkan terutama buat peminat di Borneo,” ujar Amy.

    Bersama dengan enam band tersohor ini, Borneo Rock Festival 2023 tidak akan lengkap tanpa persembahan anak-anak lokal.

    Maka Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain akan menambah kehangatan Borneo Rock Festival 2023.

    Juga seperti dijanjikan Borneo Rock Festival 2023 bukan hanya kerana hiburan sebaliknya di festival ini pengunjung boleh menikmati pelbagai keseronokan lain termasuk pameran permotoran, pengalaman menonton wayang pacak, menyertai pertandingan memasak serta menikmati kraf tempatan.

    Untuk merasai sendiri pengalaman ini di depan mata, jangan lepaskan peluang menikmati Borneo Rock Festival 2023 yang akan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Disember 2023.

    Dan tempah tiket anda, General (Early Bird – RM79), (Normal – RM99), Rock Zone (Early Bird – RM99), (Normal – RM129) serta RM300 untuk Grandstand.

    Dapatkan segera tiket menerusi www.ilassotickets.com atau hubungi talian hotline +6011 1329 7822.

    INFORMASI

     BORNEO ROCK FESTIVAL 2023

    LOKASI: STADIUM LIKAS, KOTA KINABALU, SABAH

    TARIKH: 30 DISEMBER 2023

    DURASI : 11 PAGI – 12 MALAM

    ARTIS:  SEARCH, WINGS, BUTTERFINGERS, HUJAN, A.C.AB

    BAND TEMPATAN: AMEF, MAHKLUK, SILVERSUN, SUKA SUKI, MARKAZ79, BEYOND MY RAGE, DITA DARCIA, GUTAETERS, MEASMATA, MELODYCHAIN

    ARTIS KEBUDAYAAN: FRANCIS LANDONG, KUMPULAN TARI KEBUDAYAAN NEGERI

    ZON ACARA

    ZON A: LUAR STADIUM TEMPAT LETAK KERETA A – AKTIVITI PAMERAN & JUALAN

    ZON B: LUAR STADIUM TEMPAT LETAK KERETA B – AKTIVITI SENI KEBUDAYAAN

    ZON C: DALAM STADIUM – PERSEMBAHAN KONSERT

    PENGANJUR: IMIKA_CULTURE

    HARGA TIKET : GENERAL (Early Bird – RM79), (Normal – RM99)

    ROCK ZONE (Early Bird – RM99), (Normal – RM129)

    GRANDSTAND –  RM300

    PEMBELIAN WEBSITE: WWW.ILASSOTICKETS.COM

    PEMBELIAN TALIAN HOTLINE: +6011 1329 7822

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *