Tue. Jul 23rd, 2024

    Petaling Jaya, 3 November 2023 – MInggu keempat, Adira dan Emma masih ada perasaan berdebar dan takut bila berdepan  dengan juri! Walaupun takut, mereka  telah mengambil setiap teguran atau kesalahan  daripada Ajai dan Mummy (Mas Idayu) secara baik. Hal ini menyebabkan mereka berjaya meraih juara! Jom ikuti  luahan hati  Adira dan Emma yang telah dikongsikan bersama peminat mereka di TikTok LIVE pada hari Selasa yang lepas. Dengarkan apa kata mereka selama mereka mengikuti Famili Duo di TV3.

     

    “Ini adalah pertandingan dan bukannya persembahan biasa. Jadi, kami berdua sentiasa mempunyai perasaan berdebar untuk naik ke pentas kerana perlu memberikan persembahan terbaik. Lepas habis persembahan, rasa takut tu ada lagi sebab tunggu komen dari juri. Kami hormat Mummy dan Ajai kerana semua komen dan teguran yang diberikan mereka adalah untuk kebaikan semua peserta. Mereka ada ilmu dan tahu mana kekurangan kita dan bantu untuk kita baiki kesilapan. Mereka berdua tahu undang-undang nyanyian, undang-undang Famili Duo, apa yang perlu ditambah dalam persembahan kami. Apabila kita dah terima masuk pertandingan, kami juga dah buka ruang untuk dikritik. Jadi apa yang mereka komen itu kami terima seadanya,” tambah Adira lagi. 

     

    Emma turut mengaku takut untuk mendengar komen juri. “Kami memang menghormati setiap teguran juri kerana mereka lebih tahu dan berpengalaman. Ketika juri beri komen tentu ramai tengok muka saya seperti takut-takut. Betul, kami takut untuk tengok muka Ajai dan Mummy sama ada mereka senyum atau tidak, dan apa yang mereka akan komen. Kami memang tawakal sahaja masa itu. Saya pula sebenarnya mengambil langkah berdiam diri kerana takut tersalah jawab. Minggu ini tentu harapan para juri lebih tinggi sebab dah masuk minggu keempat. Ini yang buat kami jadi lebih takut dan risau!”

     

    “Apabila dah masuk konsert ketiga, kami baru faham konsep Famili Duo! Bukan vokal semata-mata tapi juri nak persembahan yang menghiburkan dimana semua orang boleh terhibur! Untuk membuatkan orang terhibur, tak semestinya menggunakan kos yang tinggi. Kita perlu ada idea yang kreatif dan menghiburkan. Yang penting all out and have fun! Dari kedudukan tercorot pada minggu pertama iaitu di tempat terakhir, tempat ketiga pada minggu kedua dan berjaya menjadi juara bagi minggu ketiga,” tambah Emma.

    Kedua-dua beradik yang mempunyai suara high pitch ini telah memilih tema dangdut / hindustan. Pada minggu ini, mereka akan membawa lagu mashup Pantun Janda (Ami Hadi), Di Kocok-Kocok (Inul Daratista), Bole Chudiyan (Jatin-Lalit, Amit Kumar, Sonu Nigam, Alka Yagnik, Udit Narayan), Hareudang (Vita Alvia) dan Diam Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram). Berjayakah duo adik-beradik ini mengekalkan kedudukan teratas dan memenangi hati juri bagi minggu keempat ini? 

     

    Senarai lagu untuk minggu keempat Famili Duo 3

    Tema : Dangdut / Hindustan

    Adira & Emma Suhaimi

    (Mashup)

    Pantun Janda (Ami Hadi) 

    Di Kocok-Kocok (Inul Daratista) 

    Bole Chudiyan (Jatin-Lalit, Amit Kumar, Sonu Nigam, Alka Yagnik, Udit Narayan) 

    Hareudang (Vita Alvia) 

    Diam Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram) 

    Tom & Fuad Rahman

    Humko Humise Chura Lo ( Lata Mangeshkar, Udit Narayan) 

    Khushiyan Aur Gham Saheti Hai (Udit Narayan & Anuradha Paudwal) 

    Angkat Kaki (Sheeda) 

    Shila Amzah & Syahir

    Penasaran (Rhoma Irama)

    Hampa Hatiku (Ungu)

    Sharif & Syaiful Zero

    Tujhe Dekha (Sonu Nigam & Lata Mangeshkar)

    Aankhein Khuli (Udit Narayan & Lata Mangeshkar) 

    Aajkal Tere Mere Pyar Ke Charche (Mohammed Rafi & Suman Kalyanpur) 

    Ryan & Adam Bakery

    Aati Kya Khandala (Aamir Khan & Alka Yagnik) 

    Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad) 

    Cinta Berkarat (Senario) 

    Haqiem Rusli & Ariff Bahran

    Janam Janam (Arijit Singh & Antara Mitra) 

    Goyang Inul (Inul Daratista) 

    100 Persen (Mas Idayu) 

    Teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 29 Oktober 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *