Thu. Nov 21st, 2024

     

    Nama restoran, 10 Gram, sebenarnya tidak dipilih secara rawak. Walau bagaimanapun, sejak asalnya ia dipersembahkan pada tahun 2015, ramai milenial, terutamanya mereka yang mementingkan pakaian yang membezakan atau gaya hipster, telah mengembangkan minat terhadap Restoran 10 Gram.

    Restoran 10 Gram Semenanjung Malaysia, yang akan mempunyai tujuh lokasi menjelang 2022, menyediakan pilihan alternatif tempat makan yang lazat untuk golongan muda dan tua, serta untuk pengembara perniagaan dan keluarga.

    Sesiapa yang telah melawat lokasi 10 Gram di Tamarind Square, Cyberjaya, Shah Alam, dan Kuantan pasti kagum dengan pizza terbaik, chicken chop Mongolia, spageti aglio olio dan hidangan lazat lain yang boleh menimbulkan rasa lapar sesiapa sahaja.

    Citarasa Asia juga sering menjadi pilihan di 10 Gram kerana pelanggan tak pernah jemu dengan Nasi Lemak Classic, Kari Laksa, Sambal Fried Rice dan banyak lagi. Bagaimanapun kepada millennials yang sentiasa mahu tampak trendy walaupun dalam aspek makanan, mereka sering memesan minuman viral seperti Secret Garden dan Laboratory Coffee sesuai untuk dipamerkan di laman social masing-masing.

    Nah! Tak Sah kalau makan di 10 Gram jika tidak dipamerkan di Instagram atau Tik Tok. Begitulah ragam bagi kebanyakkan tetamu yang pernah berkunjung ke cawangan 10 Gram. Bukan sahaja kerana di 10 Gram menyediakan hidangan yang enak serta teknik hidangannya yang unik. Malah dekorasi di dalam atau luar 10 Gram ternyata menjadi tarikan dan perhatian kebanyakkan pengunjung.

     

    Dengan mengetengahkan konsep ‘rustic industrial’, pelanggan dihidangkan dengan suasana ‘dine-in’ bagaikan berada di dalam sebuah bangsal yang sering dipamerkan di kebanyakkan negara barat. Ini kerana elemen dekorasi seperti panel kayu, Jerami, bunga dan dedaun kering serta perkakas hiasan dalaman lain telah menyuntik perasaan yang berbeza sepanjang menjamu selera di 10 Gram.

    Namun, setiap cawangan 10 Gram masih mempunyai identiti tersendiri dari sudut ‘look and feels’ restoran bagi memastikan setiap satunya tetap istimewa. Bak cinta pandang pertama, pengunjung 10 Gram kebanyakannya berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

    Oleh kerana itu, kebanyakkan pelanggan akan tetap berkunjung kembali sama ada bersama teman-teman, mahupun kekasih hati. 10 Gram diambil daripada symbol kesempurnaan yang tercerna di dalam suasana restoran mahupun di setiap menu.

    Terkini, 10 Gram telah menambah baik kualiti makanan selain mempelbagaikan pilihan pemanis mulut atau desserts seperti cake dan manisan untuk memenuhi citarasa para pelanggan yang baru mahupun sedia ada. Cake dan manisan di 10 Gram, sering saja menjadi bualan ramai kerana keenakkannya dan paling utama ianya diilhamkan oleh chef 10 Gram sendiri.

    Tidak kira di cawangan 10 Gram, mahupun di 10 Gram Bakers (Cyberjaya) dan juga restoran Kojo (Cyberjaya), keistimewaan ini diberikan kepada semua pengunjung yang idamkan kek dan pasti berkualiti tinggi.

    Tidak ketinggalan juga beberapa kek, seperti Kek Opera, Pavlova, Tiramisu, Milo Dinasour, Biscoff Sundae, Chocolate Peanut Butter, dan Lemon Curt. Ramai orang terkejut apabila mengetahui bahawa 10 Gram juga menghasilkan pastri Perancis yang terkenal yang dikenali sebagai Canaled dan Peach Strudel yang terkenal.

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *