Sat. Jul 27th, 2024

    Khai Bahar terus berjuang selepas memenangi Penyanyi Pilihan Alha Alfa di Anugerah Juara Lagu 37, dan kali ini, dengan lagu terbaharunya, “Lat Tali Lat,” beliau membawa sedikit kelainan dengan lagu bergenre pop.

    ‘Lat Tali Lat’ merupakan hasil nukilan daripada komposer berbakat iaitu Johan John ataupun lebih dikenali sebagai Bob Junior. Lirik yang dicipta oleh Khaleel membuatkan lagu ini lebih unik kerana ia dapat menyuntik semangat anak-anak muda pada masa sekarang untuk menghargai dan terus mengekalkan permainan tradisional agar tidak hilang ditelan arus zaman moden. Khai Bahar meletakkan sepenuh komitmen beliau yang membuatkan lagu ini hanya mengambil masa 3 jam sahaja dalam pembikinan.

    Lagu ini telah dipilih sebagai runut bunyi bagi drama komedi seram, Puaka Cuti Semester yang sudah mula bersiaran pada 24 Ogos 2023 yang lalu di platform Tonton. Tajuk lagu ini amat sesuai kerana drama ini menampilkan unsur permainan tradisional anak-anak Melayu suatu ketika dahulu. Drama ini mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang berbeza. Cuti semester telah pun tiba, namun mereka semua tidak pulang ke rumah

    masing-masing atas alasan tersendiri. Pada suatu hari, mereka diganggu oleh pelbagai gangguan mistik. Berjayakah kelima-lima pelajar ini merungkai gangguan yang dihadapi mereka? 

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Lat Tali Lat’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Khai Bahar  menerusi: Instagram: @khaibahar94, Tiktok: @khaibahar_94 , Facebook: @khai Bahar Official.

     

    Turut disertakan adalah lirik lagu  “Lat Tali Lat”:

     

    Kanan Kiri

    Aku toleh berkali

    Seram sejuk

    Roma aku berdiri

     

    Datang dan pergi

    Bayangan yang misteri

    Imaginasi

    Atau realiti

     

    Pre

    Ruangan sedar atau mimpi

    Fantasi zahirkan diri

    Terjerat ku terkunci

    Di gari

     

    C/O

    Di pukau aku bak di kacau

    Meracau di luar sedar 

    Keras di mainkan kau

    Di kacau aku bak di pukau

    Lintas hitam putih mengilai

    Tinggi di awan

     

    Lat tali lat siapa nak jaga

    Takut nanti tak berdaya

    Tinggal semua

     

    Kanan Kiri

    Bayangan yang misteri

    Seram sejuk

    Roma ku berdiri

     

    Pre

    Ruangan sedar atau mimpi

    Fantasi zahirkan diri

    Terjerat ku terkunci

    Di gari

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *