Tue. Jul 23rd, 2024

    Petaling Jaya, 21 November 2023 – Shuib sebagai pelawak dan penyampai radio bersama isteri Watie (Pasukan Kerang) dalam program “Dapur Tempur Selebriti”. Mereka akan menentang pasukan lawan iaitu Geng Pandai Masak Nasi terdiri daripada Bella Astillah dengan ibunya Mama Ina. Pasukan manakah yang akan menang? Yang manakah akan bersaing dengan penuh gaya untuk menambat hati para juri?nantikan episode kali ini pasti membuat anda tertawa di kaca televisyen anda.

     

    Minggu pertama kita menyaksikan kumpulan 50-50 (Ain Edruce & Amirul) telah dinobatkan sebagai juara mingguan setelah menumpaskan kumpulan Mok Strong (Achey & Anne) dan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 serta barangan tajaan Prego dan Vinda selama setahun.

     

    Shuib berkongsikan perasaan beliau dan isteri ketika ditawarkan untuk menyertai Dapur Tempur Selebriti, “Saya terima tawaran buat program ini kerana ia program masakan yang julung kali tampilkan kami berdua. Watie juga boleh tahan pandai memasak. Saya memang suka dengan program masakan seperti ini kerana ketika bersama arwah isteri, Siti Sarah dulu pun kami selalu terbabit dalam program bercorak kekeluargaan seperti ini. Dua tiga hari sebelum rakaman, Watie juga beritahu dia berasa gementar kerana tema program ini adalah masakan barat yang dia jarang masak di rumah. Maklumlah, saya suka masakan kampung dan tradisional sebab itu dia jarang masak masakan barat di rumah.”

     

    Cabaran minggu ini ‘Macam Mana Ni?’ memerlukan kedua-dua pasukan menyediakan hidangan tanpa menggunakan satu peralatan masak yang sangat penting! Namun, cabaran ini tidak mematahkan semangat mereka untuk beraksi di dapur dengan keyakinan yang tinggi. 

    “Kami ingin cakap yang keyakinan kami tidak boleh beli di mana-mana, kami sangat yakin. InsyaAllah kami boleh menang kerana saya merupakan seorang lelaki yang sering masuk ke dapur untuk tolong isteri memasak” tambah Shuib. 

     

    Mama Ina turut yakin bahawa pasukan mereka mempunyai peluang yang besar untuk menang, “Bella memang seorang yang rajin ke dapur dan memang hebat memasak. Jika kami memasak makanan barat, Bella yang akan masak dan Mama Ina yang akan membantu. Tetapi untuk masakan lauk pauk kampung pula, Mama Ina yang akan memasak dan Bella pula yang akan membantu.”

     

    Keyakinan kedua-dua pasukan membuatkan juri turut tidak sabar untuk melihat hasil tangan daripada mereka. Apakah reaksi Cef Naem dan Michael Ang apabila merasa hidangan daripada kedua-dua pasangan selebriti ini? Jika episod pertama bertemakan ‘bebas’, apakah tema atau bahan utama untuk minggu ini?

     

    Ayuh saksikan episod kedua Dapur Tempur Selebriti yang dihoskan oleh Fiza Frizzy, 25 November 2023, pada hari Sabtu, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego dan Vinda sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan cita rasa, persembahan hidangan, cara kerja berpasukan dan kebersihan. Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun. Vinda turut menyumbang hamper barangan selama setahun khusus untuk pemenang episod ini. 

     

    Penonton juga berpeluang untuk memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai peraduan Tonton & Menang setiap minggu. Untuk dapatkan maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *