KUALA LUMPUR — Pengeluar air mineral terkemuka negara, Spritzer Berhad (“Spritzer”), terus melakar sejarah membanggakan di persada antarabangsa apabila sekali lagi merangkul anugerah Jenama Terbaik (Brand of the Year) dalam kategori Air di World Branding Awards 2026–2027, sekali gus mencatatkan kemenangan luar biasa buat tahun ke-12 berturut-turut. Lebih membanggakan, Spritzer muncul sebagai satu-satunya jenama dari Malaysia yang menerima pengiktirafan berprestij peringkat kebangsaan bagi kategori Air pada tahun ini. Kejayaan berterusan tersebut menjadi cerminan kukuh terhadap kepercayaan pengguna serta komitmen tidak berbelah bahagi syarikat dalam mengekalkan kualiti dan inovasi sejak hampir empat dekad lalu.
Kepercayaan Pengguna Jadi Faktor Kejayaan Spritzer Selama 12 Tahun
Dianjurkan oleh World Branding Forum, pengiktirafan berprestij itu dinilai secara menyeluruh menerusi penilaian jenama, kajian pasaran pengguna, serta undian awam secara dalam talian menjadikan sokongan langsung daripada pengguna sebagai faktor penentu utama kejayaan ini. Trofi anugerah tersebut telah diterima oleh Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin, bagi pihak syarikat dalam majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di United Kingdom baru-baru ini. Menurut Winnie, walaupun kemenangan buat kali ke-12 berturut-turut merupakan satu penghormatan besar, kepercayaan berterusan pengguna terhadap Spritzer adalah nilai yang jauh lebih bermakna.
Inovasi Teknologi dan Inisiatif ‘Flow with Joy’ Perkasakan Spritzer
Menyedari perubahan landskap pasaran serta jangkaan pengguna yang semakin berkembang, Spritzer menegaskan komitmennya untuk terus berinovasi, melabur dalam teknologi moden, serta mengamalkan pendekatan mampan tanpa bergantung semata-mata pada kejayaan lampau. Sejak ditubuhkan pada tahun 1989, jenama tempatan itu telah berkembang pesat menjadi peneraju industri air botol di Malaysia dengan memperluaskan rangkaian produk mengikut keperluan gaya hidup semasa.
Terbaharu, Spritzer turut memperkenalkan inisiatif jenama ‘Flow with Joy’ yang dirangka untuk membina hubungan lebih rapat dan bermakna bersama masyarakat. Menerusi pendekatan ini, Spritzer bukan sekadar mempromosikan kepentingan penghidratan harian, malah menggalakkan sikap positif, kesejahteraan diri, dan penghargaan terhadap setiap detik kegembiraan dalam kehidupan seharian pengguna.











Leave a Reply