Thu. Feb 22nd, 2024

    Dengan sokongan hebat daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), bakal menggegarkan pentas dengan sebuah persembahan teater muzikal kanak-kanak yang sangat dinantikan, berjudul ‘Pak Pandir Dan Labu Ajaib’. Jom sertai kami dalam pengembaraan ajaib ini dari 13 hingga 15 Oktober 2023, di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur!

    “TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK: PAK PANDIR DAN LABU AJAIB” mengangkat warisan seni budaya dalam hikayat rakyat iaitu kisah Pak Pandir melalui kegiatan persembahan pentas sekaligus memperkenalkan dan mengetengahkan karya hikayat ke dalam lapangan arus perdana. Teater ini mengangkat tema nilai dan mesej yang ingin disampaikan dalam kisah Pak Pandir dalam pengembaraannya yang mempunyai pelbagai cabaran dan halangan serta perjuangan beliau dalam memberi pengajaran tentang pengorbanan, adab, tatasusila serta nilai murni.

    “TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK: PAK PANDIR DAN LABU AJAIB” mempersembahkan warisan seni budaya melalui hikayat rakyat yang menawan, menceritakan kisah kebijaksanaan Pak Pandir melalui persembahan pentas yang memukau. Melalui penciptaan ini, kami tidak hanya memperkenalkan hikayat lama ini kepada generasi masa kini, tetapi juga membawa karya ini ke dalam sorotan utama masyarakat. Teater ini merentasi tema nilai-nilai murni yang terkandung dalam kisah Pak Pandir, menggambarkan perjuangannya yang mengharukan dan penuh cabaran. Kisah ini bukan hanya tentang pengajaran nilai-nilai seperti pengorbanan, adab, dan tatasusila, tetapi juga tentang keindahan tradisi dan kebijaksanaan yang tetap relevan dalam dunia moden ini.

    Teater ini mengangkat seni, sastera, budaya dan pendidikan sebagai medium perhubungan antara penggiat dengan penghayat(masyarakat) terutamanya kanak-kanak melalui tema yang diangkat di dalam penceritaan iaitu karya hikayat Melayu, jelas membuktikan terhadap keindahan bahasa Melayu dengan penemuan pelbagai elemen-elemen kekaguman dan variasi keunikan sesebuah naskhah.

    Medium penceritaan yang seronok melalui dialog jenaka, nyanyi dan tarian dalam “TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK: PAK PANDIR DAN LABU AJAIB” merupakan pendekatan kepada kanak-kanak untuk memahami gabungan hikayat melayu lama dengan lebih mudah. Penceritaan yang ringan membawa mesej dan nilai murni yang berat.

    ​​SINOPSIS

    Teater ini merupakan sebuah muzikal berkisarkan pengembaraan Pak Pandir mencari labu untuk isterinya Mak Andeh. Disepanjang pengembaraan tersebut, Pak Pandir telah bertemu dengan Labu-labu Ajaib. Malangnya, Ratu Sukma telah menghidu manfaat yang dimiliki oleh Labu-labu Ajaib lantas cuba merampas mereka dari Pak Pandir. Berjayakah Ratu Sukma mendapatkan labu-labu Ajaib? Saksikan Teater Muzikal Kanak Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib pada 13,14,15 Oktober 2023 di Istana Budaya.

    Harga Tiket:
    Gold seat – RM250

    Pak pandir (red) – RM150

    Ratu sukma (orang) – RM130

    Puteri ameena (purple) – RM110

    Mak andeh (green) – RM90

    Dayang senandung (brown) – RM70

    Si tanggang (Blue) – RM50

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *