Sat. Jul 27th, 2024

    Petaling Jaya, 1 September 2022 – Masak Apa Tu? dan 5 Rencah 5 Rasa, dua rancangan masakan yang digemari, akan kembali menemani hari minggu anda. Sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk belajar dan mencuba hidangan baharu bersama Chef Sherson Lian di 5 Rencah 5 Rasa, serta melihat telatah ringkas selebriti tanah air memasak untuk pasangan mereka di Masak Apa Tu?

    Masak Apa Tu? akan mula bertemu penonton TV3 pada hari Isnin jam 11.30 pagi pada 29 Ogos 2022. Pada setiap episod, 13 pasangan selebriti menunjukkan kebolehan memasak kegemaran mereka, yang dinilai oleh juri jemputan. Ropie (Pak Kodi), Aepul Roza & Leez, Lan Solo, Kaka Azraff, Zaim, Shahrul Kamal, Azzam Sham, Riz Amin, Aprena Manrose, Zalif Sidek, Akhmal Nazri, Fiza Thomas, dan Aizat Amdan adalah antara selebriti bersama pasangan mereka yang akan memeriahkan program ini.

    Selebriti jemputan di Masak Apa Tu? dicabar dari segi intelek dan fizikal melalui pelbagai aktiviti menghiburkan selain menunjukkan bakat memasak mereka. Melalui proses soal jawab, bolehkah pasangan terkenal ini benar-benar mengenali antara satu sama lain? Pastikan anda menontonnya untuk mengetahui penyelesaiannya. Chef Brian dan Bell Ngasri akan menjadi juri untuk makanan musim ini.

    5 Rencah 5 Rasa ialah rancangan masakan popular yang dihoskan oleh chef selebriti Sherson Lian yang akan bersiaran setiap hari Selasa jam 11.30 pagi mulai 6 September. 5 Rencah 5 Rasa kembali dengan resipi popular dan lazat dari setiap negeri; tentunya peminat setia tidak sabar untuk melihat dan merasai resepi baru yang bakal dipersembahkan.

    Seperti musim-musim sebelum ini, Cef Sherson akan berkongsi 5 resepi bertema yang ringkas, mudah, lazat dan juga tips menarik di setiap episod.  Nantikan juga kelas memasak virtual bersama peniaga online dalam mempelajari resepi pencuci mulut. 

    Jangan lupa saksikan musim baharu Masak Apa Tu? pada setiap Isnin, pukul 11.30 pagi dan 5 Rencah 5 Rasa pada setiap Selasa, pukul 11.30 pagi dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *