Sat. Jul 27th, 2024

     

    Bersedia untuk beribadat sambill mengembara bersama Alif & Sofia. Blinspot Studios dan Primeworks Studios telah melancarkan sebuah buku interaktif yang dilengkapi tekonologi Realiti Berperantara atau Augmented Reality (AR) bagi memenuhi keperluan kanak-kanak untuk belajar menunaikan solat. Siri buku yang berjudul OHSEM! AR Jom Solat!.

    Menggunakan aplikasi OHSEM! AR ialah salah satu inovasi terkini yang boleh menjadi alat bantu mengajar yang berguna untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Pelancaran siri buku ini bertepatan dengan Hari Kebangsaan ke-65, yang disambut hari ini di Fiesta 1957: acara “Tetap Bersama” di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

    Siri buku OHSEM! AR Jom Solat! Merupakan buku panduan solat yang lengkap disampaikan melalui teknologi AR yang sesuai sebagai bahan rujukan untuk membimbing kanak-kanak seawall usia tiga tahun untuk belajar dengan kaedah menggunakan visual animasi dan juga sokongan audio. Tersedia dalam dua versi untuk lelaki dan perempuan, ia sekaligus dapat memudahkan anak-anak untuk menguasai bacaan dan hafalan sambal ditemani watak cilik dari siri animasi Alif & Sofia. Bukan itu sahaja, siri buku ini turut dilengkapi aktiviti mewarna.

     

    Blindspot Studios, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Encik Lukman Othman, memilih penulisan, reka bentuk animasi, ilustrasi, dan struktur pengajaran untuk siri buku ini. Tambahan pula, siri buku ini mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memainkan peranan penting dalam memastikan semua kandungan yang ada menepati piawaian dan garis panduan patuh Syariah.

    Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, pelancaran OHSEM AR! Jom Solat! Merupakan langkah proaktif bagi memudahkan pengguna untuk menimba ilmu agama secara interaktif dan lebih berkesan kerana proses pembelajaran untuk anak-anak dapat disampaikan melalui kandungan animasi yang menarik.

    Kaedah pembelajaran interaktif ini juga bertujuan untuk mengetengahkan watak cilik dari siri animasi Alif & Sofia sebagai contoh teladan baik bagi kandungan animasi yang bertemakan agama islam di Malaysia. Siri buku ini boleh didapati dengan harga runcit RM39.9O setiap satu melalui akaun rasmi Shopee Blindspot Studios iaitu “ohsemoutlet” dan juga laman sesawang www.blindspot.my. Selain itu, ia juga bakal dijual di Ekspo Usahawan Selangor, “SELBIZ” pada 3 & 4 September ini dan juga di pesta buku “Big Bad Wolf” tidak lama lagi. Aplikasi OHSEM! AR pula boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawai App Gallery secara percuma.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *